Terma dan Syarat Am – Penerbit

TERMA DAN SYARAT AM – PROGRAM BUKU UNTUK SEMUA

Skop

Dengan ini pihak kami (Penerbit) bersetuju melantik pihak PERBADANAN KOTA BUKU (Kota Buku) sebagai wakil jualan buku-buku (Produk) terbitan kami. Kota Buku dengan ini berhak untuk menjual buku terbitan Penerbit di platform Buku Untuk Semua di url: bukuuntuksemua.com. Penerbit dengan ini bersetuju untuk membayar komisen 30% kepada Kota Buku untuk penjualan Produk tersebut melalui platform e-dagang tersebut, yang dikira dari jumlah harga jualan akhir selepas tolak diskaun sekiranya ada.

Maklumat Mengenai Produk (Stock Keeping Unit-SKU)

Penerbit perlu mengisi borang ‘Apa Yang Anda Jual’ dengan menyatakan segala maklumat yang diminta seperti keterangan mengenai fizikal produk, bilangan SKU (“Stock Keeping Unit”) dan harga jualan Produk untuk Kota Buku memuat naik data Produk tersebut dengan gambar- gambar yang diambil ke pangkalan data platform e-dagang yang dipilih. Kota Buku akan menghubungi Penerbit dari masa ke semasa untuk mengemaskini bilangan SKU produk yang sedia ada.

Judul dan Tahun Terbitan

Penerbit perlu mengisi borang ‘Apa Yang Anda Jual’ dengan maksimum 40 judul dan tahun terbitan dari Jun 2019 sehingga yang terkini

Harga Jualan dan Kos Penghantaran

Harga jualan produk yang akan dipamerkan adalah RM 5.00 DAN RM 10.00 SAHAJA, caj penghantaran adalah ditanggung oleh pelanggan kecuali Penerbit ingin menanggung caj penghantaran tersebut. Jika tidak, caj penghantaran akan dikenakan kepada pembeli seperti yang dinyatakan di platform BUS.

Pengurusan Pesanan, Penyimpanan Stok dan Penghantaran Produk

Penerbit akan menghantar stok buku kepada pihak Kota Buku bagi memudahkan urusan penghantaran buku kepada pelanggan. Pengurusan pesanan akan bermula apabila pihak Kota Buku menerima pesanan dan harga jualan telah dibayar oleh pembeli, Kota Buku akan menghantar laporan jualan dan status terkini stok kepada penerbit pada setiap bulan.

Komisen dan Pembayaran

Harga jualan akhir yang dibayar oleh pembeli akan dimasukkan ke dalam akaun Kota Buku dan hasil penjualan akan dikreditkan (setelah pemotongan komisen yang dikenakan oleh Kota Buku) ke akaun Penerbit pada setiap bulan.

Sila lampirkan dokumen berikut:

  1. Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM atau Borang 9)
  2. Muka hadapan penyata bank (Pastikan nama syarikat dan nombor akaun jelas)
  3. Senarai Nama Pengarah / rakan kongsi / pemilik (Borang 24 & 49)
  4. Logo Syarikat (dalam fail .png & .jpeg)