Maklumat Lanjut

Apa?

  • Menyediakan buku-buku baru dengan harga yang berpatutan untuk umum termasuk perpustakaan sekolah, kolej, politeknik dan universiti seluruh negara.
  • Buku-buku yang disediakan sudah dipilih dan disaring agar sesuai dengan peringkat umur pelajar (sekolah rendah atau menengah) dan memberi ilmu baru kepada pelajar dan orang ramai

Siapa?

  • Program BUKU UNTUK SEMUA terbuka kepada umum.
  • Program ini dianjurkan oleh Kota Buku – PKB (sebuah syarikat milik penuh kerajaan yang dikawal selia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia).

Bagaimana?

  • PKB akan memaparkan senarai buku yang dijual melalui portal bukuuntuksemua.com.
  • Harga jualan untuk setiap judul adalah RM 10.00 dan RM 5.00 sahaja.
  • Pelanggan yang berminat boleh membuat pesanan pada sistem pesanan yang terdapat pada portal bukuuntuksemua.com
  • Setiap pesanan akan dihantar menggunakan khidmat POSLAJU
  • Pesanan melalui sistem LO untuk sekolah-sekolah juga diterima melalui portal ini.

Mekanisme Dalaman

  • PKB akan menjalankan pencarian dan pemilihan judul-judul yang sesuai dari kalangan penerbit tempatan dari terbitan 2019 dan 2020 sahaja untuk dijadikan pakej BUKU UNTUK SEMUA
  • PKB akan berhubungan terus dengan penerbit yang terpilih bagi tujuan pembungkusan khas.
  • Sekolah dan Kolej akan membayar terus kepada PKB. Pembayaran diterima dalam bentuk cek atau LO
  • PKB akan mengenakan caj pengurusan, penghantaran dan caj dagang sebanyak 30% daripada harga pakej itu.